Thursday, December 29, 2011

Oowwhhh cerita saya.....

     Lately ni rasa macam 24 jam tu belum sangat cukup. Owh dan saya tiba-tiba terasa teringin untuk menaip sesuatu, tentang seseorang yang buat hati saya jadi gundah, errrk....pepatah mandi tak basah,makan tak kenyang,tidur tak lena tu macam tak boleh pakai langsung sebab mandi saya masih lagi basah, tidur pun siap berdengkur, apatah lagi makan, 2 pinggan nasi confirm habis...perggghhhhh terbaek!!!!!
    Dengan orang yang ingin saya tawan??owh itu kisah lama...jangan bimbang kerana kami masih boleh hang out together as a friend...masih boleh bertengkar tentang hal yang sama,saya tengok dia...dia tengok saya dan oppssss cuma setakat itu sebab status dia yang telah pun  bertukar dan saya??haishhh....dah hampir penghujung tahun 2011 bayang SOMEONE pun saya tak nampak lagi...mungkin betul kata jiran sebelah rumah yang saya memang perlu mandi bunga....phiewww.....phiewww.....kan lebih baik jika saya buat spa atau Reflexology? 
    Dan niat saya untuk meng'update' blog ini terhenti bila nama ibu tertera di skrin telefon....aduhhhh......potong stim betul.....mesti nak tanya dah buat appointment nak mandi bunga ke belom.....ha..ha....Al-maklumlah saya kan seorang je anak pompuan emak.....:))

p/s:It's not being in love that makes me happy...it's the person that I am in love with that does.... :p

     




Sunday, September 25, 2011

Ipad 2

  Can you imagine the excitement i got when i bought my Ipad 2 wifi+3G = 32G 3 months ago?? Fuhhh, i immediately started downloading apps for the device. and of course apps yg F.O.C je okay. User friendly betullah Ipad ni. Pixiromatic is the latest app yang berjaya masuk ke dalam Ipad saya selepas MoreLomo. Sampaikan saya sendiri seakan ketagih untuk mengambil gambar....snap..snap...semuanya saya snap....These are some of the pictures yang saya tangkap dengan menggunakan Pixiromatic and MoreLome apps...Best betul.
My grandpa pun jadi mangsa snap...Sori kungkung...:))


View from my corridor...

My name is Jack...:)

View from my window this morning...












Saturday, August 6, 2011

Saya di Medan

Day 1 - 25hb July 2011
    Saya menaiki A.Asia untuk ke Medan. Penerbangan mengambil masa lebih kurang 45 min. Thanks AA,now I do believed everyone can fly. Saya tiba di Medan Polonia Airport pada jam 7.40am waktu Malaysia. Perbezaan masa antara Indonesia dengan Malaysia hanyalah 1 jam. Dari airport, saya menaiki 'blue taxi' untuk ke hotel.Bayaran yang dikenakan cuma Rp60,000 iaitu bersamaan dengan 21MYR.
     
Medan is the 4th largest city in Indonesia. Bangunan yang ada masih lagi mengekalkan bentuk semasa jajahan Belanda. Tidak banyak bangunan 'skyrocket' yang boleh dilihat di sini.The traffic is so congested especially during peak hours. Berpeluh jugalah masa duduk dalam teksi tu.
     Pengangkutan utama di sini adalah bus a.k.a angkut-angkut, bechak a.k.a becha, teksi, motor dan juga motokar.Cuma terdapat beberapa buah kereta buatan Malaysia yang terdapat di sini. Saya menginap di Soechi International Hotel yang terletak berhampiran dengan China Town, juga dikenali sebagai Pajak Ho ng Kong.Oh,make sure,sapa-sapa yang nak datang sini,make sure bring your 3 pin adaptor along as in Indonesia,they used only 2 pin socket.

Wednesday, July 13, 2011

Marry You-Bruno Mars


One of my favourite song.......I think i wanna marry you....(^-^).......

Girl in the window....

     Saya terpandang akan DIA hari ini. Ouchhh...rasa hati bagai dicubit-cubit. Entah kerana geram atau kerana apa, saya sendiri tidak pasti. Dan entah kenapa tingkap ajaib penuh debu itu juga tempat saya selalu terpandang akan Dia. Mana mungkin dia sedar kerana langsir bercorak bunga hampir menutupi separuh daripada tingkap itu. Kacau daun betullah langsir ni, marah saya dalam hati.
     Saya teringat tentang semua link yang saya post, semua status yang saya tulis dalam laman sesawang Facebook pun dia klik 'like'....nasib baik saya belum ada laman twitter, entah-entah dengan itu pun sekali dia 'twitt'...eh mengarut, saya ketawa di dalam hati. Dan saya terbayang bagaimana jika nanti sudah tiada cinta dalam hati saya untuk Dia??? Biarpun cuma cinta di depan tingkap, mungkin pada masa itu baru dia mula sedar bahawa spesis macam saya yang suka pandang Dia dari jarak jauh memang susah nak dapat or mungkin juga susah nak jumpa. Dalam 100 mungkin ada 1 atau takde langsung. Haishhh saya perasan lagi dan waktu ini saya cuma boleh berharap agar cinta untuk Dia segera hilang supaya saya bisa tidur malam, supaya saya bisa menyiapkan tugasan saya kerana cinta senyap ini sangat menyengalkan dan oopsss saya cepat-cepat menghabiskan ayat terakhir saya dalam blog ini bila Prof mula menghantar pesanan ke akaun Skype 'hope you are doing well in your assignment katanya. 'Alamak dan Oowwhhh sayalah Girl In The Window kata Bruno......:X

Saturday, May 28, 2011

Masa yang terbazir

   Wahh, sedar tak sedar sudah hampir lama saya tidak meng'update' blog ini. Eemmm, tolak dan tambah sudah hampir sebulan lebih rupanya. Dengan 2 tajuk assignment yang masih belum saya siapkan, terlalu banyak sangat artikel sampai saya sendiri menjadi pening artikel mana yang perlu dibaca dahulu. Biarpun dateline masih ada lagi 2 bulan dan saya perlu menaip 5 ribu patah perkataan dalam bahasa orang asing dan PLAGIARISM adalah dilarang sama sekali. Dalam erti kata lain, meng'copy' hakcipta oarang lain dan mengaku ianya sebagi hak ciptaan sendiri.

Dan seseorang ini pernah bertanya kepada saya sebulan yang lepas. Kenapa dah lama tak update blog?? Jawab saya, saya sangat sibuk dengan hal lain. Cis, menghendap aktiviti saya lah tu.
    Sekarang saya tahu dia sudah tiada untuk bertanya tentang khabar blog saya. Tentang itu, tentang ini, tentang betapa becoknya mulut saya menjawab apa juga soalan yang dia kemukakan, tentang semua. Just remember, when you should grab something, grab it; when you should let go, just let go. Dan saya lebih banyak sibukkan diri dengan kelas itu, dengan kelas ini. Cuma kelas memasak saja yang belum sempat saya ikuti. Dan demi masa, sesungguhnya manusia selalu berada di dalam kerugian. Owhhh terlalu banyak perkara yang berlaku sejak kebelakangan ini, dan saya terus kuatkan hati untuk terus pandang ke depan. Jika saya menoleh ke belakang, pasti dan gerenti saya akan terlepas sesuatu yang menarik di hadapan. Saya tidak boleh lagi meratapi benda yang telah berlalu pergi. Easy come easy go kata Bruno Mars.

    Saya teringat tentang sms yang pernah dia kirimkan kepada saya. Always remember everything happens for a reason, and ALLAH know what is best for all of us. It is up to us to decide whether to use our past as a lesson for ourselves to be better, or to repeat everything all of over again. Dan saya terkebil sendiri sambil cuba mendalami maksud yang tersirat di hati.


   

Friday, April 15, 2011

Menawan Gunung TrusMadi

     Gosh..Hampir ke jam 12 dan saya masih tersengguk di depan laptop sambil jari-jari mematuk papan kekunci. Tiada apa yang bermain dalam kepala,cuma rasa sangat teruja untuk mendaki lagi. Ini pendakian saya yang ke dua selepas Gunung Kinabalu pada 3hb April 2008. Saya berjaya menawan Gunung Kinabalu bersama dengan orang yang ingin saya tawan. Semuanya hanya berkisar tentang menawan dan ditawan. Tapi itu cerita lama.
    Dan keterujaan itu saya ulangi kembali kali ini dengan niat untuk menawan Trusmadi pula. Mungkin tanpa dia tika itu,sehingga usia saya menginjak ke 40 tahun pun belum tentu saya akan sampai ke puncak Kinabalu kerana dia, saya berjaya juga mendaki Kinabalu setinggi 4,095 meters (13,435ft) pada aras laut 3 tahun yang lepas dan wow agak membanggakan. 
   Tidak banyak persediaan untuk kali ini, dengan cuaca yang tidak menentu menyukarkan saya untuk kekal fit. Hmmm biarpun pertambahan berat badan secara mendadak dari 49kg ke 53kg sangat-sangat mengejutkan saya. Ini semuanya gara-gara fast food!
Sedikit info tentang Gunung Trusmadi ataupun Trus Madi.Ia merupakan gunung kedua tertinggi di Malaysia. Dengan ketinggian 2,642 meter (8,668ft) pada aras laut. Ia kaya dengan flora dan fauna yang sukar ditemui di tempat lain seluruh dunia (sumber:google sendiri ya).


  Dan saya teringat tentang kiriman email daripada dia kepada saya menerusi laman sesawang Facebook 3 hari lepas di mana dia merasa sangat terkilan kerana tidak dapat menyertai pendakian untuk kali ini kerana di sanalah segalanya pernah bermula.
Owh ya dan ini antara gambar yang sempat saya ambil sebelum persediaan yang terakhir esok. Good night.

Mrs Lip Gloss
Mr Gloves
The Cap
The Rain coat
Mr Celebrex

Monday, April 11, 2011

Selamat Hari Lahir Ayah....

   Sungguh tidak disangka usianya sudah mencecah 65 tahun. Kedutan di wajahnya hampir ketara tetapi terlindung dengan kaca mata yang jarang sekali ditanggalkan kecuali pada waktu tidur. Dia masih seperti dulu, cuma garangnya saja yang sudah semakin berkurangan kerana menyedari yang anak-anaknya sudah semakin menginjak dewasa. Anak-anak terunanya sudah membesar dan anak gadisnya pula sudah bertambah perawan. Cuma membezakan dia dengan orang lain yang seusia dengannya ialah dia masih belum punya cucu yang boleh diajak bermain.

    Terasa seperti baru semalam dia memarahi kami tiga beradik. Terasa seperti baru semalam dia merotan kami. Hingga adakalanya rotan itu terpaksa kami sembunyikan di belakang tingkap. Waktu itu dia masih lagi kelihatan gagah dan perkasa, umurnya waktu itu dalam lingkungan 40an. 25 tahun telah berlalu dan yang selalu membela kami tiga beradik tentunya sang ibu, yang tidak pernah jemu-jemu.

     Walaupun cuma saya seorang anak perempuan dalam kami tiga beradik, saya bersyukur kerana limpahan kasih sayang kedua orang tua pada kami tidak pernah berbelah bahagi biarpun yang pastinya kasih sayang untuk saya melebihi adik lelaki dan abang saya. Al-maklumlah seorang saja anak perempuan.

Apa saja yang saya inginkan, kedua orang tua saya sentiasa berusaha untuk menunaikannnya. Seingat-ingat saya, sejak saya berusia 7 tahun hinggalah menginjak 13 tahun, tarikh lahir saya pasti akan disambut biarpun secara sederhana, berbanding dengan abang dan adik lelaki saya. Owh betapa bertuahnya saya hingga mendatangkan geram di hati abang dan adik lelaki saya. Well itulah seronoknya apalah dilahirkan sebagai anak perempuan tunggal.

      Kini setelah 65 tahun genap umurnya, dia tidak pernah bersungut membesarkan kami. Hingga ada perangai yang dimilikinya diwarisi oleh saya iaitu kami berdua memang sangat sukakan kucing. Hari ini adalah tarikh hari lahir sang ayah. Saya masih belum punya kesempatan untuk memikirkan apa hadiah yang perlu saya berikan untuknya kerana saya tahu apa juga yang saya hadiahkan, belum tentu mampu untuk membalas segala pengorbanan serta kasih sayang yang dia berikan untuk saya, abang dan juga adik.

Hadiah yang mahal tiada nilainya kalau diberi tanpa rasa kasih, tapi hadiah yang biasa-biasa mampu mengikat hati seseorang andai diberi dengan rasa sayang. Tidak perlu yang mahal cukup dengan sepotong doa tulus dari hati kita mampu mengikat hati orang yang kita sayang hingga ke syurga.

Selamat hari lahir ayah.

  

Tuesday, April 5, 2011

Bersabar selagi boleh.....

    Ini kisah benar yang berlaku di luar negara...seorang lelaki baru saja pulang dari kerja....dia tidak sabar untuk melihat trak baru yang dibeli belum pun sampai sebulan....Alangkah terkejutnya apabila melihat anak lelakinya  sedang mengetuk traknya dengan menggunakan tukul....habis tertanggal cat metalik...kerana terlalu marah,dia lantas mengambik tukul tersebut dan menukul tangan anaknya tanpa belas kasihan sebagai tanda pengajaran...Setelah dia sedar daripada marah,dia berlari membawa anaknya ke hospital..
   Doktor berusaha keras untuk menyelamatkan tangan anaknya yang retak teruk...dan akhirnya tiada apa yang boleh dibuat melainkan terpaksa memotong tangan anaknya..bukan hanya satu  tetapi dua tangan.Dan apabila anaknya terjaga dari pembedahan,dia berkata,papa,saya minta maaf tentang trak itu...tapi bila jari saya akan tumbuh kembali???Ayahnya merasa kecewa dan lantas pulang ke rumah dan membunuh diri..

Think about this story the next time someone steps on your feet or you wish to take revenge....Berfikir sehabisnya sebelum anda hilang sabar dengan someone you love....trak boleh dibaiki tapi bagaimana dengan broken bones dan hurt feelings???We forget that forgiveness is greater than revenge......People make mistakes. We are allowed to make mistakes. But the actions we take while in a rage will haunt us forever. 















Saturday, April 2, 2011

masih seperti dulu.....

     Lots of people want to ride with you in the limo,but what you want is someone who will take the bus with you when the limo breaks down....-Oprah Winfrey-
  Saya terbaca tentang itu di sebuah majalah keluaran 2008....tiga tahun telah berlalu rupanya...tapi seseorang yang saya kenal ini sifatnya masih seperti tahun keluaran majalah yang saya baca itu....masih dan sentiasa mengasihani seperti selalu..owhh jangan salah sangka ya..saya ulang sekali lagi...mengasihani........:)
 Oopps...dan saya terkejut apabila dia mengaku telah membaca blog saya baru-baru ini..Ohhhh tidakkkkk...saya menjerit dalam hati..kenapa mesti dia????.dan bila saya tanya hasil penulisan mana yang dia suka,dia menjawab...Biarkan cinta mencari langitnya sendiri...saya sangat hargai itu...dan saya ajukan sekali lagi persoalan untuk dia..kenapa pilih yang itu bukan tajuk yang lain?dan ini jawapan yang saya terima...kerana saya boleh merasa apa yang penulis itu rasa...mahu saja saya tutup mulut dia tika itu...secara tiba-tiba saya terasa ada kepulan asap keluar dari lubang telinga...bukan kerana saya marah tapi kerana saya maluuuu......
 Dia memang sangat baik dengan saya....dan saya merasa sangat pelik kenapa saya tidak pernah nampak akan itu sebelum ini.....mungkin juga kerana pada masa itu saya mempunyai pilihan yang sangat baik berbanding dia.....owh dan saya terkedu sendiri....dan selepas tiga tahun ini,dia mengaku masih menyimpan rasa untuk saya sama seperti dulu...eh eh,baru tadi saya bilang mengasihani sekarang sudah jadi mengasihi.....dan bila saya tanya kenapa dia masih baik seperti dulu?Dia menjawab:'i treat you this way because i think you deserve it,maybe yang lain tak sedar betapa bertuahnya disayangi awak...Don't feel sad cause i won't leave you....'gulp...gulp..terasa kerongkong saya bergerak-gerak....kisah cinta wayang korea yang sering saya tonton bermain-main di ruang mata...dalam hati berkata,dia kah orangnya???Tak mungkinnnnnnnnnn!!!!!!!jerit saya di dalam hati.....
 
True Love never dies.And it doesn't need any reason to exist.Love is hard to explain.If the time is comes...perform solat istikharah,which is the 'Best solution'...because Allah knows best...We don't need any reason to love the person...-iluvislam.com-



Thursday, February 17, 2011

Saya sangat suka shopping

The quickest way to know a woman is to go shopping with her. 
~Marcelene Cox~

   Saya bershopping  sakan 2 hari lepas. Saya keluar dari 1 kedai ke 1 kedai yang lain. Entah ke berapa kali saya sendiri pun tidak tahu. Seingat-ingat saya, sudah hampir 4 bulan saya tidak berbelanja sakan seperti ini, sampaikan terbawa-bawa ke dalam mimpi. Sesungguhnya, WANITA dan shopping memang tidak boleh dipisahkan. Dari 1 jenama ke 1 jenama yang saya belek. Dari jenama Bonia, Polo, Piere Cardin, F.O.S, Carlo Rino, dari harga paling murah hinggalah ke harga yang paling mahal. Hinggalah saya ternampak dress comel paras lutut jenama B.u.m Equipment. Harga tidaklah terlalu mahal, cuma rm110 sepasang. tapi disebabkan saya ni pengguna kad bonus link yang taat maka dapatlah saya memiliki baju itu dengan harga rm80 sepasang.

 Hati masih belum puas dan saya masih terus mencari dan akhirnya saya terjumpa lagi dengan baju berjenama sama yang harganya mencecah rm90. OMG, saya sendiri tidak pasti kenapa saya begitu rambang mata pada hari itu. Cuma yang pasti saya sudah jadi gila. Gila shopping.
Shopping is better than dating,,, If you're not satisfied after shopping you can make an exchange for something you really like.  ~Adrienne Gusoff~
  Saya sendiri kurang percaya yang saya boleh menghabiskan masa dengan membeli-belah dari saat bukanya shopping mall hinggalah hampirnya tutup shopping mall. Apabila tiba di rumah, saya sudah pun berhabis untuk 5 baju. 2 sepatu untuk ibu. Itu belum termasuk dengan alat-alat makeup lagi. Yang paling teruk sampaikan timbul segala urat berwarna biru dan merah di kaki. Itu tidak termasuk dengan beg tangan jenama Carlo Rino yang tidak sempat saya beli kerana harganya mencecah hampir 3 ratus lebih. Saya terpaksa berfikir dan mengira bajet berkali-kali. Hadirlah dalam hidup ini wahai Carlo Rino, jika tidak janganlah kau ganggu hidup ini lagi walaupun dalam mimpi. Huh!


Friday, February 11, 2011

Biarkan Cinta Mencari Langitnya Sendiri

     Sewaktu saya mencecah usia 27 tahun (masih dikira muda sebenarnya). Saya baru kenal apa makna cinta atau mungkin baru cuba mengenali erti cinta. Ia datang berkilat-kilat setiap kali saya terpandangkan seorang budak lelaki. Ehh atau patut saya katakan seorang lelaki dewasa, melalui depan saya setiap hari dengan rambut yang tersikat rapi ke belakang, janggut sejemput di dagu, bersama haruman lembut HugoBoss atau Diesel atau mungkin juga haruman Giorgio Armani. Berminggu-minggu menyukai dia dalam diam dan keseronokan itu berkisar di situ. Kami saling bertukar pandang, bertukar senyum dan akhirnya bertukar nombor telefon dan eh sungguh memang dia yang cuba flirt saya dulu.
     Alangkah lucunya jika diingat kembali tapi dia sungguh baik, pemalu dan memang sangat pelupa, juga clumsy seperti saya.
'Jika cinta, pada waktu-waktu tertentu, jika disimpan lama ia akan lebih melukakan dan memilukan. Maka kerana itu kita perlu melepaskannya pergi begitu saja'


   2 hari yang lepas, saya terlihat namanya mengerdip di skrin komputer. Melihatkan namanya tersangkut di peti emel membuatkan hati saya berdebar dan saya jadi tidak tentu arah hinggakan teh perisa kulit limau yang saya bancuh tidak habis saya minum. Biarpun sudah boleh saya agak, huruf-hurufnya boleh dibilang dengan jari.
    Seingat-ingat saya selama 2 tahun ini,hadiah-hadiahnya tidak pernah lupa menjenguk sa ya. Bunga ros merah, beberapa helai baju jenama Hush Pupies yang dibeli semasa Sales hujung tahun, kad-kad yang menarik hati (biarpun tulisannya ala kadar sahaja), perfume Giorgio Armani Diamond yang masih separuh penuh isinya.
Jam tangan Bonia berwarna putih yang sangat jarang saya pakai kerana takut warnanya menjadi pudar.
Gambar contoh


Semuanya dibeli dengan hasil titik peluh bekerja kuat selepas waktu pejabat membuatkan hati sebak. Gembira dan terharu, itu belum lagi dikira dengan tiket-tiket wayang dan bil-bil restoran yang saya simpan kemas di dalam kotak (sungguh dia tidak pernah tahu).

Saya belajar di sebalik tamsil kejadian ini, jika bukan jodoh, biar 1000 tahun pun berkawan belum tentu kita akan bersamanya.

    Saya pernah berusaha kuat untuk memenangi hatinya, tanpa pernah rasa putus asa. Tapi mungkin juga kerana hatinya yang sudah terkatup kuat untuk saya atas sebab-sebab tertentu membuatkan perhubungan menjadi mendatar. Bertepuk sebelah tangan masakan berbunyi dan akhirnya sang perempuan pun perlahan-lahan mengambil sikap berdiam diri.

Seperti dia yang pernah membazirkan sekian banyak duit simpanan dan juga duit saku kerjanya dengan bekerja kuat selepas waktu pejabat 2 kali dalam seminggu untuk memandikan saya dengan hadiah-hadiahnya. Dan dia akhirnya memilih untuk berkahwin dengan wanita yang disukainya semasa di zaman kampus. Aduh!
     Dan saya sekali lagi sedar bahawa cinta jika kita sungguh mengasihinya maka kita perlu redha melepaskannya dengan baik, tanpa dendam atau sakit hati. Dan kini secara perlahan-lahan saya sudah pun belajar untuk melepaskan beberapa perkara yang amat saya sayangi dalam hidup kerana saya percaya itu yang lebih baik. Sometimes love means to let go.
     Akan datang mungkin ini adalah post terakhir saya tentang dia di dalam blog saya, namun saya tidak tahu apakah saya benar-benar bersedia untuk terima hakikat yang satu ini. Melepaskan sesuatu yang kita sayang tidak bermakna kasih dan sayang untuk si Dia berhenti setakat itu. Belajarlah untuk  menyayangi tanpa meletakkan sebarang harapan. Kini saya dalam fasa untuk mengasihi diri sendiri. Bagi saya, sayangilah diri anda sendiri lebih daripada mana-mana lelaki yang hadir ke dalam hidup anda.. 

Sunday, February 6, 2011

Kami dan cerita di kedai kopi

  Jom sarapan dengan saya! Ajak dia kepada saya 2 hari yang lepas. Destinasi pilihan tentunya Restoran Anak Mami. Teh tarik madras yang hangat dengan kepulan wapnya beserta roti sardin menyemarakkan lagi perbualan kosong kami.

 Ianya cuma pertemuan 2 orang, cuma saya dengan dia. Yang menyeronokkan kerana saya hanya perlu makan percuma dan minum percuma. Sudah menjadi trend zaman sekarang, kalau diberi makan dan minum percuma, waduh sedapnya hingga menjilat jari, makanan yang tidak sedap pun jadi sedap, yang sudah sedap pun bertambah-tambah lagi sedapnya. Terbaekk!
  
  Saya sangat senangi teman yang satu ini.

Kami punya otak yang hampir berfikir benda yang sama boleh dikatakan selalu. Kalau saya mahu ke tempat A, dia pun punya niat yang sama. Kalau dia mahu makan yang murah-murah aja, nah saya pun tentunya ada pemikiran yang sama. Ketika saya teringatkan dia, telefon saya akan berdering dan saya terima panggilan daripadanya, syukur saja Tuhan tidak menjadikan kami kembar dan saya sangat envy dia sebab dia punya daya pemikiran yang sangat luas dan punyai cita-cita yang sangat tinggi. Kalau tidak percaya boleh saja ditanya pada mat jenin.
 
'friendship is the comfort that comes from knowing that even when you feel all alone.you aren't....'


    Kami berbual tentang bisnes, tentang duit, tentang perempuan yang cuba flirt dia, tentang berat badannya yang semakin bertambah, tentang warna kulitnya yang semakin cerah, tentang makanan di restoran itu. Tentang minuman di restoran ini dan pelbagai 1001 cerita lagi.
   Saat bertukar minit, minit bertukar jam dan jam berganti hari namun saya dengannya tidak pernah merasa bosan bila bersama. Kami boleh berkongsi jiwa dan emosi.
Punya hobi yang boleh dikatakan banyak persamaan. Mungkin suatu hari nanti kami berdua boleh saja menjadi business associate macam yang dia selalu angan-angankan. Mungkin.

Friday, February 4, 2011

yang jujur dan baik budi???

  Always tell the truth....if you can't always tell the truth then don't lie........Susahnya mencari yang anggun,jujur dan baik budi sekarang ni...kalau hendak mencari yang kurang baik budi..yang kurang jujur di mana-mana pun boleh...berlambak-lambak macam cendawan baru hendak tumbuh...dan yang anggun itu pun tidak semestinya yang baik budi....

   A lie may take care of the present..but it has no future... 

Ya...benar...penipuan takkan pernah ada masa depan....merosakkan jiwa..merosakkan hati....bukan susah sangat pun hendak berterus terang kan?Kalau memang langsung tidak boleh berlaku jujur...diam saja sudah baik..contohnya senang,kalau tidak suka,cakap saja straight yang memang tidak suka,tidak payahlah berpura-pura berkata,kau macam bunga,wangi...cantik..aku suka kau...tidak perlulah menyusun ayat manis untuk mengembangkan hati yang kecut....adooi...dan saya menepuk dahi saya sendiri...
     saya pernah terbaca dalam sebuah buku tentang orang yang tidak suka bercakap jujur ini..biasanya bila bertentang mata,jika mereka menipu,mata mereka akan berkedip ketika berbicara,siap tergagap-gagap lagi...tapi jangan pula salah anggap ya,entah-entah memang orang tu mempunyai masalah mata...asyik berkedip 24 jam dan memang dilahirkan gagap sejak lahir...percuma dilabel sebagai penipu..silap haribulan selipar melayang di pipi... 
    saya teringat tentang dia yang sangat baik dengan saya....dia mungkin bukan jenis yang tidak jujur,tapi mungkin untuk menjaga hati saya yang memang rapuh ni,dia memilih untuk tidak berkata jujur dengan saya....dan saya biarkan saja biarpun saya tahu ketidakjujuran itu membunuh hati saya...saya katakan dalam hati berkali-kali,nobody is perfect..dan ayat itu ternyata berkesan untuk menyejukkan hati saya yang tengah berkepul-kepul asapnya...

Mr Pinochio
      'Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia baik bagimu....'
             (surah al-baqarah ayat 216)

Tuesday, February 1, 2011

Dreams come true...

          Life is so unpredictable..Bila kita bangun dari tidur di waktu pagi....kita cuma ada 2 pilihan jawapan yang sangat senang..Kalau dalam paper MCQ,kita cuma boleh pilih  A atau B...atau kita mungkin tak mahu buat pilihan langsung....
a)kita boleh pilih samada teruskan tidur ATAU
b)kita boleh pilih bangun dari tidur dan kejar apa yang kita mimpi...dan choice is yours....Dan saya tekad untuk memilih B..saya harap anda di luar sana pun sependapat dengan saya..kita selalu inginkan sesuatu..tidak kisah jika kita gunakan gear 5 sekalipun....kita ingin kejar apa yang kita mahu....kita berusaha sehabis baik untuk dapatkan apa yang kita mahu dan kita sanggup ambil risiko untuk dapatkan apa yang kita mahu (tentunya dengan cara yang baik-baik belaka).we have to know what we want,how to get in and how to get things done....Biarpun ada kalanya kita mungkin jauh tersasar....lain yang dimimpi...lain yang didapat....Saya tidak kisah jika saya silap memilih jawapan...sebab....i am not a perfect girl...i am pretty clumsy and sometimes i have a broken heart....i like being unperfect....kan?
dan kita berdoa supaya esok pagi....dipanjangkan lagi umur...dan diberi kesempatan oleh ALLAH SWT,untuk kita terus mengejar apa yang kita mahu....dan saya percaya tentang quotes ini....we have to dreams before our dreams come true...dan mulai hari ini,jika kita terjaga dari tidur,tak usah lagi membazir masa mengira tahi mata yang ada.....teruskan bangkit dan tunaikan mimpi anda.....sebaiknya...:) jika ada perkara yang menyakitkan hati untuk hari ini...lupakan saja....dan mulakan hari esok dengan lebih baik....:)kerana ia mungkin akan mempengaruhi mimpi kita....No one can go back and change a bad beginning..... iya kan??

Sunday, January 30, 2011

Dia dan formula EINSTEIN

     Dia semakin baik hari ini. Opps! Bukan hari ini saja sebenarnya. Dia sudah semakin baik sejak minggu yang lepas. Satu pencapaian yang boleh dibanggakan. Gayanya teratur, tingkah lakunya tidak lagi menyakitkan hati. Suaranya sudah semakin merdu didengar biarpun tone suaranya mendatar dan masih belum boleh  menjadi suara penghibur. Sangat hairan kan? Bila apa yang tak best di mata orang lain menjadi best di mata kita.


All you must do is accept all that is unacceptable to you...~CHERI HUBER~
     DIA punya karakter yang mudah berubah-ubah. Berubah mengikut musim. Jika hari ini musim dingin, mungkin moodnya bisa saja menyanyi-nyanyi dan alunannya berliuk-liuk. Terlalu happy barangkali, nah bagaimana jika musim hujan atau musim panas, mungkin saja dia boleh berubah menjadi monster ataupun kingkong. Sama juga seperti rambut, hari ini hitam, esok kuning. Jika hari ni rambutnya putih esok mungkin berubah menjadi hitam. Hari ni rambutnya lurus mungkin esok berubah menjadi keriting. Keriting maggie semestinya dan saya teringat satu Quote Book yang saya pernah baca :
" When you start to know someone,all their physical characteristics start to disappear..you begin to dwell in their energy,recognize the scent of their skin..You see only the essence of the person,not the shell..That's why you can't fall in love beauty.You can lust after it,be infatuated by it,want to own it..You can love it with your eyes and your body but not your heart...And that's why,when you really connect with a person inner self,any physical imperfections disappear..become irrelevant...."          ~LISA UNGER~ 
     Dunia ni penuh dengan orang yang banyak muka. Ada muka putih, muka hitam, muka hensem, muka cantik dan malah muka plastik pun ada. Terpulang muka apa yang kita mahu. Mana mungkin kan kita boleh tukar mukanya mengikut corak yang kita mahu. Kita tidak boleh  pun ubah dirinya menjadi lebih baik ataupun menjadi lebih hensem seperti yang kita mahu. Helloooo lagipun we don't talk about how to change or 'fix'a man, because i know we can't 'fix' a man.
     'Love is not always a great things. Love is not always two become one' itu ayat magis sesetengah orang dan mungkin ayat magis saya sendiri. Alahai, mengapalah cinta tidak mempunyai formula e bersamaan dengan mc kuasa dua? Patutkah saya salahkan abang Einstein???







Tuesday, January 25, 2011

Yang Biasa atau Yang Luar Biasa....

When we are dreaming alone it is only a dream...When we are dreaming with others,it is the beginning of reality....            ~DoM Halder Camara~
   Semalam saya bermimpi. Bukan seperti mimpi yang biasa, kali ini mungkin juga mimpi yang luar biasa. Saya kategorikan mimpi yang biasa ialah bila saya bermimpikan orang yang ingin saya tawan itu dan iya dan hampir selalu itu memang biasa. Tapi mimpi menjadi luar biasa bila orang lain muncul dalam mimpi saya dan sekali lagi saya katakan iya memang sangat luar biasa sehingga saya terlajak dari solat subuh dek hanya kerana dia, orang yang luar biasa.
    Dan hari ini saya rasakan diri saya juga sangat luar biasa. Saya dan mungkin juga orang lain di luar sana selalu memandang rendah terhadap diri sendiri. Low self esteem mungkin. The whole time i was thinking when is life going to get better for me. Ops! rasa sangat silap kerana kita memang tiada hak untuk meminta yang lebih. Sudah dapat yang average cantik, kita mahukan yang lagi cantik. Sudah dapat yang sederhana tinggi kita mahu yang lagi tinggi dari kita. Mahu setinggi orang eropah barangkali. Sudah dapat sehensem DON JUAN tapi mata masih melilau. Mulanya cakap lurus,sekarang sudah pandai bengkang-bengkok.
    Dan saya tanyakan diri sendiri, pernahkah kita belajar memberi. Memberi cinta, memberi senyuman, memberi kasih mesra. Kita bebas menentukan apa yang perlu diberi kepada keluarga atau rakan-rakan. Once we learn to give, we will definitely get something back in return. Bukankah sepatutnya begitu?
    Tapi saya sangat percaya kita yang mencorakkan takdir kita sendiri.Mungkin juga sedikit feng shui diperlukan. Mungkin, untuk sesuatu perkara dan juga untuk sesuatu hubungan.
Where there is love, there is life ~Indira Ghandi~





 










   

Tetapkan Orang yang Kita Mau

      Sudah hampir 2 tahun saya menghantar email kepada dia. Kadang-kadang sehari. Adakalanya selang sehari. Kadang-kadang setiap hari. Adakalanya dia membalas, adakalanya email saya dibiarkan sepi. Tapi tidak mengapa, mungkin juga dia terlalu sibuk sampai tidak sempat melayan saya. Sedangkan saya pun ada masanya makan tak sempat, baju berlonggok perlu dicuci, cuti penuh jarang hendak diambil.

      Saya terfikir juga sekiranya saya punya orang gaji tentu kerja begitu sudah saya serahkan bulat-bulat kepada orang gaji sedangkan saya sebagai puan besar bisa saja saya goyang kaki sesuka hati.

Ops! Saya rasa memang Tuhan telah menjadikan tangan wanita itu sangat lembut, untuk boleh melakukan kerja rumah dengan baik. Mungkin lebih berseni.

      Teringat tentang email yang saya hantarkan kepada dia, mungkin lebih kepada luahan rasa. Mungkin juga lebih kepada bertanya khabar., dan jika dia sudah jemu kerana hampir separuh inboxnya dipenuhi dengan email dari saya. Mungkin juga email saya lebih banyak berada dalam kotak spam, paling tidak pun mungkin berada di dalam kotaK sampah. 
      Saya teringat tentang seorang kawan yang sangat rapat dalam hidup saya. Hidup dengan seseorang selama 3 tahun dan akhirnya berpisah, terpisah dan mungkin juga dipisahkan.
Dia marah pada dirinya sendiri. Dia kesal kerana apabila dia mahukan orang itu, orang itu tidak mahukan dia. Dan pada ketika lelaki mahukan dia sangat, dia menolak.
      Sebenarnya banyak yang kita perlu belajar tentang sesuatu hubungan. Kenapa asyik terpilih orang yang salah? Banyak sangat kesilapan, tapi yang mana satu yang benar-benar silap. 


Pada saya, men should do their part in love and in relationship. Maksudnya,dia perlu kamu, kamu perlu dia, kalau kamu tiada, dia rasa sunyi, kamu sms dia, dia sms kamu,kamu call dia, dia call kamu. Kamu hormat dia, dia hormat kamu, kamu bercerita dan dia mendengar..dan lagi, dan lagi.
The more you try, the more unhappy you are going to be, the more the man in your life is going to resent you and not enjoy being around you, and the more your relationship is going to fall apart. Mungkin ada keberangkalian dalam ayat tu.
Saya rasa perlu ada strategi untuk saya dan juga untuk yang ada di luar sana. Ya kita tetapkan orang yang macam mana kita mahu.
~Kalau kita mahu orang kaya,tuliskan saja di dalam kertas dan pastikan yang dicari sememangnya kaya.
~Then kalau kita mahu yang bujang atau duda anak lima pun kita tuliskan saja.
~ataupun mungkin kita mahu suami orang? Nah kita tuliskan saja, yang penting jujur dong.
     Kenapa saya katakan perlu jujur, supaya bila mencari kita cari apa yang telah kita tetapkan sendiri. Dan apa yang kita tulis, mungkin kita boleh tampalkan di cermin di tandas ataupun di dalam bilik tidur supaya kita sentiasa ingat apa yang kita mahu. Bila masa jika kita tersalah pilih, kita harus salahkan diri sendiri.
ya boleh saja kalau kita mahu tambah mana-mana yang patut. Mahu yang hensem, yang hidungnya penyek, yang si leher jinjang mungkin ataupun yang kulitnya putih ataupun mungkin hitam.Terpulang.
   Find the person who will love you because of your differences and not in spite of them and you have found a lover for life.
      ~ Leo Buscaglia~

Monday, January 24, 2011

Why I Stay SINGLE

    SINGLE IS ABNORMAL??? Saya bukan memilih untuk tidak mempunyai partner atau soulmate sehingga kini malah saya berusaha kuat untuk menamatkan zaman bujang sendiri. Bukan juga kerana saya tidak berjumpa dengan cinta hati yang memikat.

    Saya ceritakan tentang seorang lelaki yang buat saya tertawan, yang buat saya terpikat. Yang sudah berjaya saya tawan dan kemudian hilang dan kemudian saya tawan lagi dan akhirnya in the end dia hilang lagi. Saya sendiri tidak pasti kenapa saya perlu berusaha untuk tawan dia semula sehingga akhirnya saya gagal besar. Saya terfikir sendiri yang sebenarnya saya sudah membazir masa yang sangat lama dan saya tidak mahu membazir masa lagi.
    Ia tidak berakhir di sini. Saya membenarkan diri saya diperkenalkan dengan beberapa orang pemuda. Ehem ehem. Beberapa? Mungkin saya patut cakap dua orang dan bukannya beberapa. Boleh tahan, muka mirip cina. Attitude pun boleh di kira bagus juga punya kerjaya yang boleh di banggakan dan paling penting smell definitely good. Punya haruman manis yang memikat jiwa.
Semua gambaran yang saya berikan semuanya baik-baik belaka.
    Dan perkara yang paling buruk ialah,walaupun saya memberikan gambaran serta imej yang bagus untuk 2 orang ini tetapi hati saya masih kosong. I am alone and still alone. THOMAS MERTON pernah berkata 'we do not find the meaning of life by ourselves alone, we find it with another'.
Saya beritahu lelaki yang ingin saya tawan itu yang saya rasa sangat  teruk atau dalam kata lain MISERABLE. Saya jadi marah yang teramat pada diri sendiri dan jadi marah pada dia juga. Saya katakan pada dia kenapa saya masih sukakan dia dan kenapa dia sangat penting dalam hidup saya. Jadi saya isytiharkan diri saya sendiri secara rasminya adalah orang yang gila. Mungkin gila bayang atau mungkin juga GILA semuanya. Malang sungguh saya. Aduh!
Setelah saya tenang, saya fikirkan kembali apa yang telah terjadi. Baru saya tahu yang saya sebenarnya takut pada komitmen. Saya lari dari orang yang dekati saya dan mengejar orang yang tidak mahu mencipta komitmen dengan saya.
     Saya bukan tidak punya kawan yang menunjukkan hint atau tanda-tanda untuk mendekati, tapi saya sendiri yang takut. Saya katakan berulang kali yang saya ni sangat pelik. Saya katakan yang ni macam siput yang sangat slow dalam bab-bab cinta dan ada kalanya saya katakan yang saya masih dan mungkin sedang in love dengan seseorang. Saya katakan juga yang saya ni adakalanya nampak sangat naif biarpun menurut mereka saya ni sangat intelligent atau mungkin sangat bijak. Maths pun susah nak lepas. Adoiii.....dan saya menepuk dahi saya sendiri. Padahal tidaklah seperti apa yang mereka bayangkan.
'To love a person is to learn the song..That is in the heart...And to sing it with them..When they have forgotten.....'
Jadi apa kata semua orang di luar sana tanya diri sendiri.
1)Apakah kamu semua sama seperti saya yang menyalahkan diri sendiri kiranya hubungan tidak menjadi?
2)Apakah kamu semua tidak mahu cuba mengubah nasib hidup?
3)Apakah kamu semua masih lagi mahu menanti orang yang ALREADY TAKEN?
3)Apakah kamu hanya mahu hidup dengan orang yang ada dalam anganan kamu?Jika hampir semua dijawab iya nah sememangnya kamu semua senasib dengan saya. Kalau dalam peperiksaan maths,mungkin kita semua boleh dapat E atau mungkin juga E+.
     Saya tidak mahu mencari a great LOVER. Saya cuma mahu mencari seseorang yang boleh menemani masa tua saya. Yang bila saya tanya apa alasan untuk dia bersama saya dia cuma terdiam dan tidak mampu menjawab. Mungkin dengan tidak menjawab soalan itu,mengurangkan lagi risiko saya untuk lari dan juga boleh kurangkan rasa resah saya dan yang pasti untuk beberapa hari. Sehingga post ini ditulis, koleksi buku simpanan saya tentang cinta sudah hapir banyak.