Friday, April 15, 2011

Menawan Gunung TrusMadi

     Gosh..Hampir ke jam 12 dan saya masih tersengguk di depan laptop sambil jari-jari mematuk papan kekunci. Tiada apa yang bermain dalam kepala,cuma rasa sangat teruja untuk mendaki lagi. Ini pendakian saya yang ke dua selepas Gunung Kinabalu pada 3hb April 2008. Saya berjaya menawan Gunung Kinabalu bersama dengan orang yang ingin saya tawan. Semuanya hanya berkisar tentang menawan dan ditawan. Tapi itu cerita lama.
    Dan keterujaan itu saya ulangi kembali kali ini dengan niat untuk menawan Trusmadi pula. Mungkin tanpa dia tika itu,sehingga usia saya menginjak ke 40 tahun pun belum tentu saya akan sampai ke puncak Kinabalu kerana dia, saya berjaya juga mendaki Kinabalu setinggi 4,095 meters (13,435ft) pada aras laut 3 tahun yang lepas dan wow agak membanggakan. 
   Tidak banyak persediaan untuk kali ini, dengan cuaca yang tidak menentu menyukarkan saya untuk kekal fit. Hmmm biarpun pertambahan berat badan secara mendadak dari 49kg ke 53kg sangat-sangat mengejutkan saya. Ini semuanya gara-gara fast food!
Sedikit info tentang Gunung Trusmadi ataupun Trus Madi.Ia merupakan gunung kedua tertinggi di Malaysia. Dengan ketinggian 2,642 meter (8,668ft) pada aras laut. Ia kaya dengan flora dan fauna yang sukar ditemui di tempat lain seluruh dunia (sumber:google sendiri ya).


  Dan saya teringat tentang kiriman email daripada dia kepada saya menerusi laman sesawang Facebook 3 hari lepas di mana dia merasa sangat terkilan kerana tidak dapat menyertai pendakian untuk kali ini kerana di sanalah segalanya pernah bermula.
Owh ya dan ini antara gambar yang sempat saya ambil sebelum persediaan yang terakhir esok. Good night.

Mrs Lip Gloss
Mr Gloves
The Cap
The Rain coat
Mr Celebrex

2 comments:

drnauzihk said...

tahniah kerana telah berjaya menawan puncak kedua tertinggi di negeri bawah bayu....tentu ia pengalaman yang menyeronokan dan sudah pasti pengalaman yang x dapat di nilai dengan
sesuatu ' quantum '.
saya begitu mencemburui saudari kerana tidak dapat bersama-sama menawan dan menakluki puncak.
mudah mudahan segala pengalaman yang di perolehi dapat dii manafaatkan oleh saudari di alam practical.
wasalam.....sabah bole bah...

drnauzihk said...

tahniah kerana telah berjaya menawan puncak kedua tinggi di negeri bawah bayu,tentu sekali ianya pengalaman baru yang amat menyeronokan seperti selepas menawan puncak kinabalu( sayang2 sayang kinabalu,tinggi lagi sayang sama kamu)
Di harap saudari cepat recharge dari segala kepenatan dan sakit2 badan..
mudah2-mudahan pengalaman manis mendaki gunung kedua tertinggi di sabah ini membuatkan saudari berkobar kobar menawan gunung2 yang seterusnya.
saya amat 'jelous' kerana tidak dapat bersama2 di dalam ekspidisi saudari kali ini..
hopefuly di kesempatan akan datang sy pun mau join EKSPIDISI KAK LIMAH......kita bakor dia, kita bakor ja.....hehehe
wasalam