Saturday, August 18, 2012

Selamat Hari Raya 2012

Assalammualaikum..
Wah sedar tidak sedar hari ini adalah hari terakhir umat Islam berpuasa kerana esok kita semua akan menyambut raya. Tidak kiralah bangsa India ke, Cina ke, semua sama bergembira. Alhamdulillah, rasa sedih kerana terpaksa meninggalkan bulan Ramadhan.Dan yang paling sedih sebab tiap tahun sambut berlima. Alih-alih tahun tinggal ni beraya berempat sebab my lil brother beraya ke tempat mertua. Ish ish macam cepat je masa berlalu. Tapi yang paling best sangat sebab tahun ni dah bertambah bilangan kepala. Dari 5 kepada 6.He.He.Tahun lepas saya masih lagi boleh dipanggil kakak. Tahun ni dah kena panggil Ah Yee aka makcik lah pula. Buat pertama kalinya dalam hidup saya kena standby angpau untuk Daania Alesya aka my lovely niece tu. Kecik-kecik dah dapat angpau raya tau. Adeh!Masa zaman saya dulu,dad cuma bagi sorang Rm30 x dengan 3 orang adik beradik jumlah semua Rm90. Banyak tu wei, hiuhiuhiu.

Love of my Life




 So malam ni banyak nak kena buat. Isi kuih dalam balang lah, isi duit raya dalam sampul lah, iron baju raya untuk esok lah. Faham-faham sajalah yang aku ni anak omak. Tiap tahun pun jadual saya tetap sama. Nasib baiklah tahun ni merasa cuti raya biarpun cuti tu boleh dikira dengan jari. Takpe takpe, tahun depan nak kena mintak dengan boss cuti lama sikit. Boleh kan boss???He.He.Nak tahu kaler apa tahun ni? Aku pilih PINK wei!!!!!!ha.ha.Happy Raya everyone...


No comments: