Sunday, September 15, 2013

Cinta Tuk Kaduk

Dan okay, kerana saya tidak bisa melelapkan mata, saya pujuk jari-jemari saya untuk menaip sesuatu di atas keyboard komputer. Sudah hampir 2 jam saya bersembang dengan rakan lama melalui whatsapp, apps terkini yang menjimatkan bil saya. Walaupun tanpa whatsapp sekalipun, bil bulanan saya masih juga agak mahal. Mungkin kerana status saya yang masih 'single' maka saya bazirkan bil-bil saya ke arah yang sepatutnya.

Saya sempat mengucapkan tahniah kepada kawan baik saya sewaktu zaman tuk kaduk dahulu. Yang saya maksudkan zaman tuk kaduk ialah zaman persekolahan waktu tingkatan 2. Budak-budak sekolah zaman moden sekarang kalau umur 15 tahun, sudah punya pacar. Sudah ada iphone dan duit poket lebih dari RM10 mungkin. Sedangkan pada zaman saya, telefon yang ada pun cuma berjenama Nokia, bersaiz panjang dan berwarna biru. 

Kawan saya yang sangat baik ini bakal menamatkan zaman bujangnya esok. Gembira kerana dia akhirnya bakal berkahwin. Tidak pasti samada pilihan hati sendiri ataupun pilihan keluarga. Dialah satu-satunya teman yang masih setia menyimpan hatinya untuk saya sejak saya berumur 15 tahun sehinggalah usia saya mencecah ke angka 3. Dan hal ini saya khabarkan kepada rakan lama saya melalui whatsapp. Dia kata saya ini adalah perempuan zaman moden yang sangat memilih dan sungguh cerewet. Dan dia memujuk agar saya membuka hati saya seluasnya. Jangan hanya pandang sebelah mata. Saya bilang jika saya berkahwin, siapa yang mahu membayar hutang kereta, hutang PTPTN, hutang apartment saya? Dia lantas terdiam seketika. Saya katakan padanya, dengan harapan yang dia akan faham, walaupun saya tidak nampak bagaimana reaksi wajahnya saat itu. 'Sometimes the best way to stay close with someone is by being just a friend'. Iyakan?



No comments: