Saturday, August 6, 2011

Saya di Medan

Day 1 - 25hb July 2011
    Saya menaiki A.Asia untuk ke Medan. Penerbangan mengambil masa lebih kurang 45 min. Thanks AA,now I do believed everyone can fly. Saya tiba di Medan Polonia Airport pada jam 7.40am waktu Malaysia. Perbezaan masa antara Indonesia dengan Malaysia hanyalah 1 jam. Dari airport, saya menaiki 'blue taxi' untuk ke hotel.Bayaran yang dikenakan cuma Rp60,000 iaitu bersamaan dengan 21MYR.
     
Medan is the 4th largest city in Indonesia. Bangunan yang ada masih lagi mengekalkan bentuk semasa jajahan Belanda. Tidak banyak bangunan 'skyrocket' yang boleh dilihat di sini.The traffic is so congested especially during peak hours. Berpeluh jugalah masa duduk dalam teksi tu.
     Pengangkutan utama di sini adalah bus a.k.a angkut-angkut, bechak a.k.a becha, teksi, motor dan juga motokar.Cuma terdapat beberapa buah kereta buatan Malaysia yang terdapat di sini. Saya menginap di Soechi International Hotel yang terletak berhampiran dengan China Town, juga dikenali sebagai Pajak Ho ng Kong.Oh,make sure,sapa-sapa yang nak datang sini,make sure bring your 3 pin adaptor along as in Indonesia,they used only 2 pin socket.

Wednesday, July 13, 2011

Marry You-Bruno Mars


One of my favourite song.......I think i wanna marry you....(^-^).......

Girl in the window....

     Saya terpandang akan DIA hari ini. Ouchhh...rasa hati bagai dicubit-cubit. Entah kerana geram atau kerana apa, saya sendiri tidak pasti. Dan entah kenapa tingkap ajaib penuh debu itu juga tempat saya selalu terpandang akan Dia. Mana mungkin dia sedar kerana langsir bercorak bunga hampir menutupi separuh daripada tingkap itu. Kacau daun betullah langsir ni, marah saya dalam hati.
     Saya teringat tentang semua link yang saya post, semua status yang saya tulis dalam laman sesawang Facebook pun dia klik 'like'....nasib baik saya belum ada laman twitter, entah-entah dengan itu pun sekali dia 'twitt'...eh mengarut, saya ketawa di dalam hati. Dan saya terbayang bagaimana jika nanti sudah tiada cinta dalam hati saya untuk Dia??? Biarpun cuma cinta di depan tingkap, mungkin pada masa itu baru dia mula sedar bahawa spesis macam saya yang suka pandang Dia dari jarak jauh memang susah nak dapat or mungkin juga susah nak jumpa. Dalam 100 mungkin ada 1 atau takde langsung. Haishhh saya perasan lagi dan waktu ini saya cuma boleh berharap agar cinta untuk Dia segera hilang supaya saya bisa tidur malam, supaya saya bisa menyiapkan tugasan saya kerana cinta senyap ini sangat menyengalkan dan oopsss saya cepat-cepat menghabiskan ayat terakhir saya dalam blog ini bila Prof mula menghantar pesanan ke akaun Skype 'hope you are doing well in your assignment katanya. 'Alamak dan Oowwhhh sayalah Girl In The Window kata Bruno......:X

Saturday, May 28, 2011

Masa yang terbazir

   Wahh, sedar tak sedar sudah hampir lama saya tidak meng'update' blog ini. Eemmm, tolak dan tambah sudah hampir sebulan lebih rupanya. Dengan 2 tajuk assignment yang masih belum saya siapkan, terlalu banyak sangat artikel sampai saya sendiri menjadi pening artikel mana yang perlu dibaca dahulu. Biarpun dateline masih ada lagi 2 bulan dan saya perlu menaip 5 ribu patah perkataan dalam bahasa orang asing dan PLAGIARISM adalah dilarang sama sekali. Dalam erti kata lain, meng'copy' hakcipta oarang lain dan mengaku ianya sebagi hak ciptaan sendiri.

Dan seseorang ini pernah bertanya kepada saya sebulan yang lepas. Kenapa dah lama tak update blog?? Jawab saya, saya sangat sibuk dengan hal lain. Cis, menghendap aktiviti saya lah tu.
    Sekarang saya tahu dia sudah tiada untuk bertanya tentang khabar blog saya. Tentang itu, tentang ini, tentang betapa becoknya mulut saya menjawab apa juga soalan yang dia kemukakan, tentang semua. Just remember, when you should grab something, grab it; when you should let go, just let go. Dan saya lebih banyak sibukkan diri dengan kelas itu, dengan kelas ini. Cuma kelas memasak saja yang belum sempat saya ikuti. Dan demi masa, sesungguhnya manusia selalu berada di dalam kerugian. Owhhh terlalu banyak perkara yang berlaku sejak kebelakangan ini, dan saya terus kuatkan hati untuk terus pandang ke depan. Jika saya menoleh ke belakang, pasti dan gerenti saya akan terlepas sesuatu yang menarik di hadapan. Saya tidak boleh lagi meratapi benda yang telah berlalu pergi. Easy come easy go kata Bruno Mars.

    Saya teringat tentang sms yang pernah dia kirimkan kepada saya. Always remember everything happens for a reason, and ALLAH know what is best for all of us. It is up to us to decide whether to use our past as a lesson for ourselves to be better, or to repeat everything all of over again. Dan saya terkebil sendiri sambil cuba mendalami maksud yang tersirat di hati.


   

Friday, April 15, 2011

Menawan Gunung TrusMadi

     Gosh..Hampir ke jam 12 dan saya masih tersengguk di depan laptop sambil jari-jari mematuk papan kekunci. Tiada apa yang bermain dalam kepala,cuma rasa sangat teruja untuk mendaki lagi. Ini pendakian saya yang ke dua selepas Gunung Kinabalu pada 3hb April 2008. Saya berjaya menawan Gunung Kinabalu bersama dengan orang yang ingin saya tawan. Semuanya hanya berkisar tentang menawan dan ditawan. Tapi itu cerita lama.
    Dan keterujaan itu saya ulangi kembali kali ini dengan niat untuk menawan Trusmadi pula. Mungkin tanpa dia tika itu,sehingga usia saya menginjak ke 40 tahun pun belum tentu saya akan sampai ke puncak Kinabalu kerana dia, saya berjaya juga mendaki Kinabalu setinggi 4,095 meters (13,435ft) pada aras laut 3 tahun yang lepas dan wow agak membanggakan. 
   Tidak banyak persediaan untuk kali ini, dengan cuaca yang tidak menentu menyukarkan saya untuk kekal fit. Hmmm biarpun pertambahan berat badan secara mendadak dari 49kg ke 53kg sangat-sangat mengejutkan saya. Ini semuanya gara-gara fast food!
Sedikit info tentang Gunung Trusmadi ataupun Trus Madi.Ia merupakan gunung kedua tertinggi di Malaysia. Dengan ketinggian 2,642 meter (8,668ft) pada aras laut. Ia kaya dengan flora dan fauna yang sukar ditemui di tempat lain seluruh dunia (sumber:google sendiri ya).


  Dan saya teringat tentang kiriman email daripada dia kepada saya menerusi laman sesawang Facebook 3 hari lepas di mana dia merasa sangat terkilan kerana tidak dapat menyertai pendakian untuk kali ini kerana di sanalah segalanya pernah bermula.
Owh ya dan ini antara gambar yang sempat saya ambil sebelum persediaan yang terakhir esok. Good night.

Mrs Lip Gloss
Mr Gloves
The Cap
The Rain coat
Mr Celebrex

Monday, April 11, 2011

Selamat Hari Lahir Ayah....

   Sungguh tidak disangka usianya sudah mencecah 65 tahun. Kedutan di wajahnya hampir ketara tetapi terlindung dengan kaca mata yang jarang sekali ditanggalkan kecuali pada waktu tidur. Dia masih seperti dulu, cuma garangnya saja yang sudah semakin berkurangan kerana menyedari yang anak-anaknya sudah semakin menginjak dewasa. Anak-anak terunanya sudah membesar dan anak gadisnya pula sudah bertambah perawan. Cuma membezakan dia dengan orang lain yang seusia dengannya ialah dia masih belum punya cucu yang boleh diajak bermain.

    Terasa seperti baru semalam dia memarahi kami tiga beradik. Terasa seperti baru semalam dia merotan kami. Hingga adakalanya rotan itu terpaksa kami sembunyikan di belakang tingkap. Waktu itu dia masih lagi kelihatan gagah dan perkasa, umurnya waktu itu dalam lingkungan 40an. 25 tahun telah berlalu dan yang selalu membela kami tiga beradik tentunya sang ibu, yang tidak pernah jemu-jemu.

     Walaupun cuma saya seorang anak perempuan dalam kami tiga beradik, saya bersyukur kerana limpahan kasih sayang kedua orang tua pada kami tidak pernah berbelah bahagi biarpun yang pastinya kasih sayang untuk saya melebihi adik lelaki dan abang saya. Al-maklumlah seorang saja anak perempuan.

Apa saja yang saya inginkan, kedua orang tua saya sentiasa berusaha untuk menunaikannnya. Seingat-ingat saya, sejak saya berusia 7 tahun hinggalah menginjak 13 tahun, tarikh lahir saya pasti akan disambut biarpun secara sederhana, berbanding dengan abang dan adik lelaki saya. Owh betapa bertuahnya saya hingga mendatangkan geram di hati abang dan adik lelaki saya. Well itulah seronoknya apalah dilahirkan sebagai anak perempuan tunggal.

      Kini setelah 65 tahun genap umurnya, dia tidak pernah bersungut membesarkan kami. Hingga ada perangai yang dimilikinya diwarisi oleh saya iaitu kami berdua memang sangat sukakan kucing. Hari ini adalah tarikh hari lahir sang ayah. Saya masih belum punya kesempatan untuk memikirkan apa hadiah yang perlu saya berikan untuknya kerana saya tahu apa juga yang saya hadiahkan, belum tentu mampu untuk membalas segala pengorbanan serta kasih sayang yang dia berikan untuk saya, abang dan juga adik.

Hadiah yang mahal tiada nilainya kalau diberi tanpa rasa kasih, tapi hadiah yang biasa-biasa mampu mengikat hati seseorang andai diberi dengan rasa sayang. Tidak perlu yang mahal cukup dengan sepotong doa tulus dari hati kita mampu mengikat hati orang yang kita sayang hingga ke syurga.

Selamat hari lahir ayah.