Friday, June 28, 2013

Jom terbang ke Bandung

Orang kata, perempuan kalau hendak shopping, shopping lah 'till you drop'. Yang bermaksud shopping lah sepuas hati sehingga saat kita tengok bil-bil, kita akan mendapat sakit jantung dan jatuh collapse. Amaigadddd...Itu cuma perumpamaan yang saya cedok dari encik Google. Terima kasih.

I love to travel and i love food. So of course untuk entry ini saya akan sembang banyak tentang perjalanan saya yang biasa-biasa tu. I choose Bandung, Indonesia untuk trip bulan lepas, yang konon-kononnya untuk give myself a break. Eh silap bukan myself actually but ourselves. Yang urus dari tiket flight sampailah hotel semuanya adalah saya kerana saya tanpa tidak sengaja telah melantik diri sendiri untuk menjadi duta tidak rasmi AirAsia. 

We left to Jakarta by the evening flight on the 28th of May from Kuala Lumpur and touched down at the Soekarno Hatta International Airport at 1835pm locals time. Dari airport kami terus ke bandung dengan melalui jalan darat. 

Jakarta is the capital city of the Republic of Indonesia. It's a crowded city, traffic jam everywhere especially during busy hours. Mak aihhh imagine kami tiba di Bandung selepas 5 jam mengharungi perjalanan sesak di Jakarta. Macet sangat (sesak dalam bahasa Indonesia). Kalau rasa diri tu adventurous sangat, maybe boleh cuba ambik public transport seperti train. Sungguh aku menyesal naik mobil. Uwaaaa.....But never mind, at least dalam mobil boleh tidur berdengkur.

Okay, so start dengan hari pertama semasa di Bandung, bapak supir ni dengan baik hati telah membawa kami ke Tengkuban Perahu. Seriously, you can see the great view of an active volcano with lots of local souvenir vendors.
 Tangkuban perahu ni lebih dekat dengan bandar,  just an hour or so by car from the town of Bandung. Important reminder, sila berhati-hati dengan  roadside peddlers di area situ, katakan tidak pada barangan mereka. But if you still want their key chains or whatever lah, kena pandai bargain bargain bargain. Dan saya telah tertipu. Beli key chains dengan magnetic fridge harga dalam 100 ribu. Tidakkkkkkkkkk. Tapi memang tidak rugi untuk datang ke sana sebab view volcano dia sangat impressive. Awwwww!

Kata supir, kalau hendak berpanas-panas selepas melawat Tangkuban Perahu boleh datang ke Objek Wisata air Panas Ciater. Tempat ini sudah sangat popular. Kata supir rugi kalau tidak singgah. Dekat sini ada satu kolam air panas yang boleh sembuhkan penyakit kulit kerana air panas ini banyak mengandungi belerang. Waduh bukan saja belerang malah magnesium, sulphate, chloride pun ada. Haha hebat kan? Di katakan air panas ini berasal daripada Gunung Tangkuban Perahu. Terdapat banyak kemudahan yang disediakan. Siap ada rumah hantu lagi.
  
Then next destinantion of course lah Pasar Baru Trade Centre Bandung. Shopping paling penting sebab everything is here.Yeayyyy. The multiple stories shopping complex consist of many small shops selling of kinds of things. Macam-macam ada. I only shop in a couple of stalls as I felt the merchandise are no difference at one stall from another. Tapi awas, the place was so overcrowded with people. Kena jaga all your belongings dengan hati-hati especially dengan your ribu-ribu rupiah tu or maybe juga juta-juta rupiah. Yang paling penting kena pandai bargain habis-habisan until you satisfy with the price. I was shocked as i had to bargain even to buy a bottle of Sostro tea. 1 bottle of Sostro tea cost me around 7 thousand Rupiah and the next time if i come here, i have to improve my bargaining sklills. Amaigadddd! It was a fun experiene actually. Tempat ini paling sesuai untuk orang yang shopaholic. Perghhhh! Kalau rasa pandai bodek, bolehlah bercakap dalam bahasa Indonesia kut. They'll still know that you are not local anyways. 

 Next place yang WAJIB pergi sudah semestinya Trans Studio Bandung.
 This theme park provide a great attraction dan apa yang paling menarik sebab its INDOOR. Untuk masuk cuma perlu bayar dalam 150,000 IDR (weekend) dan 250,000 IDR untuk weekdays. You can use 1 card for 2 person. For those yang suka sangat dengan adrenaline challenge, bolehlah cuba rides yang sangat extreme. I like Yamaha Racing Coaster. Berpeluh dan terjerit-jerit macam budak kecik terjumpa duit. Siokkkkkkk!!

Kalau rasa suka sangat dengan barangan leather, bolehlah datang ke Cibaduyut. Rambang mata makkkk! Macam-macam ada. Sampai kedai dah start nak tutup pun, kitaorang masih boleh terpacak dekat situ. Penangan cibaduyut ni kuat sangat. Haishh. Dan at the end sempatlah rembat 2 bag kulit dan kasut. Lagi sekali saya ulangi kena bargain, bargain, bargain. Biarlah orang kata muka tak tahu malu.Ha ha

  Sebenarnya banyak lagi tempat yang kita boleh pergi kalau datang ke Bandung. Boleh datang Toko Tiga,  di sana ada banyak jeans yang berlambak-lambak sampai hendak tersembul biji mata sebab tidak reti hendak memilih. Kalau rasa hendak makan sedap mungkin boleh cuba Restoran ayam goreng Suharti.

Saya sangat suka singgah makan di Saung Punclut Sangkan hurip yang terletak di Jalan Ciumbuleuit. Dekat sini cuma perlu duduk bersila sambil tengok pemandangan gelap sekitar Bandung. Udara dingin berhembus perlahan sesekali kabus terlihat mengelilingi gunung yang terlihat di depan warung makan ini. Perghhh tidak dapat di bayangkan. Memang tidak rugi datang. Wajib order nasi pulut hitam sambil pekena es teh manis. Bagi yang suka minuman special juga ada disediakan, antaranya kelapa muda, es campur dan aneka jus buah segar.

   Sebenarnya tidak rugi jika hendak datang ke Bandung. Apa yang boleh saya nasihatkan ialah banyakkan google before planning your trip. Kalau boleh sewa van dengan supirnya sekali for the entire day so the bapak supir can take you to all the Factory outlets in Bandung dan tidak perlu bimbang kerana bapak supir akan setia menunggu sementara anda tengah gila bershopping. Best kan? I guess that's all for now. Enjoy your shopping frenzy in Bandung!

“The journey of a thousand miles begins with a single step.” ~~ Lao Tzu