Saturday, August 18, 2012

Selamat Hari Raya 2012

Assalammualaikum..
Wah sedar tidak sedar hari ini adalah hari terakhir umat Islam berpuasa kerana esok kita semua akan menyambut raya. Tidak kiralah bangsa India ke, Cina ke, semua sama bergembira. Alhamdulillah, rasa sedih kerana terpaksa meninggalkan bulan Ramadhan.Dan yang paling sedih sebab tiap tahun sambut berlima. Alih-alih tahun tinggal ni beraya berempat sebab my lil brother beraya ke tempat mertua. Ish ish macam cepat je masa berlalu. Tapi yang paling best sangat sebab tahun ni dah bertambah bilangan kepala. Dari 5 kepada 6.He.He.Tahun lepas saya masih lagi boleh dipanggil kakak. Tahun ni dah kena panggil Ah Yee aka makcik lah pula. Buat pertama kalinya dalam hidup saya kena standby angpau untuk Daania Alesya aka my lovely niece tu. Kecik-kecik dah dapat angpau raya tau. Adeh!Masa zaman saya dulu,dad cuma bagi sorang Rm30 x dengan 3 orang adik beradik jumlah semua Rm90. Banyak tu wei, hiuhiuhiu.

Love of my Life




 So malam ni banyak nak kena buat. Isi kuih dalam balang lah, isi duit raya dalam sampul lah, iron baju raya untuk esok lah. Faham-faham sajalah yang aku ni anak omak. Tiap tahun pun jadual saya tetap sama. Nasib baiklah tahun ni merasa cuti raya biarpun cuti tu boleh dikira dengan jari. Takpe takpe, tahun depan nak kena mintak dengan boss cuti lama sikit. Boleh kan boss???He.He.Nak tahu kaler apa tahun ni? Aku pilih PINK wei!!!!!!ha.ha.Happy Raya everyone...


Friday, August 3, 2012

Ah Yee aka Auntie Muda

What!!!Saya dah jadi Ah Yee muda???Wah sungguh tak sangka.Secara official saya telah menjadi Ah Yee muda dan comel kepada my lil bro punya daughter iaitu Daania Alesya.
 

Bila saya bertanya kepada my in law ada tak ciri-ciri baby yang juga ada pada saya?Lesung pipit ke?Opssss...nope..nope...langsung takde.Tak tahu lah kalau dah besar esok kut kut keluar pula dimple kat pipi kiri kanan.He.he...So apakah perasaan saya apabila telah menjadi Ah Yee?Emm..emm,,,,TERUJA bangat!!2 hingga 3 bulan sebelum baby keluar pun saya dah sibuk beli itu dan ini untuk baby.Aiseyman.Excited giler.Dan saya rasa jika saya punya anak sendiri mungkin saya dah tak kisah benda lain.Dah tak kisah samada nak beli makeup baru atau tidak,dah tak kisah tentang gadjet baru di pasaran,sudah tidak kisah hendak shopping..Phiew...Phiew...Sungguh bertuah Daania ber'auntie' kan saya (mode perasan).Owh ya ada satu post yang telah diuploadkan oleh teman baik saya di dalam laman Facebook.Cuma tidak pasti samada post ini betul atau tidak.*wink**wink*


Thursday, August 2, 2012

I Heart Cambodia


 5 hari 4 malam berada di Cambodia (Siem Riep) benar-benar membuat saya teruja. Penerbangan dari KL-Phnom Penh (PP) mengambil masa lebih kurang 1 jam 50 minit. Setibanya saya di Phnom Penh International Airport, saya menggunakan teksi untuk ke Siem Riep dan ianya mengambil masa lebih kurang 5 jam dan bersamaan dengan 60 usd. Jika memilih bas, kos perjalanan mungkin agak murah iaitu 10 usd atau lebih kurang 6 jam perjalanan. Mom tanya mengapa saya memilih Cambodia? Rather than just reading it in the Lonely Planet, it is always better to hear it from the locals. kan? kan? The main reason why me and other people travel to Cambodia is because of the Angkor. Setuju?

For me,Cambodia people are so friendly and so open towards foreigners.The years go by and they get more used to tourist and backpackers.Faham-fahamlah kalau berada di tempat orang,kita ibarat tetamu so PLEASE RESPECT TO THEIR LOCAL CUSTOMS.:)Tak susah pun.90-95% penduduk Cambodia berbangsa Khmer.Malahan saya sendiri dianggap sebagai orang Khmer.

1)Cambodia Culture
Cara tradisi untuk orang Cambodia greeting locals dipanggil 'Satu'. Bow your head and bring your hands together at chest level. Biasanya apabila orang locals ucapkan terima kasih atau selamat datang pun diorang akan amalkan 'Satu' ni.

 2)Transportation
Paling senang guna saja tuk-tuk (three wheeled taxi). Simply stand by the street, tuk-tuk ni akan berhenti dan offer their services. Boleh nego harga tapi dengan cara yang paling sopan. Peringatan: Sila bawa mask. Apa-apa jenis pun boleh.N95 ke, 2 ply face mask ke sebab jalan kat sini sangat-sangat dusty. Mr Sopheap tu satu-satunya tuk-tuk saya masa kat Siem Riep (http://www.angkorwattuktuk.net) Boleh juga kalau nak sewa basikal atau motor ke kat sini. Harga dalam 5 USD. Tapi saya sangatlah tidak larat hendak mengayuh basikal.

  3) Smile
The Cambodian people (young and old) are very curious. Some of them can and can't speak English. Be polite and smile. Kalau diorang offer tuk-tuk dan kita tak nak naik pun, diorang akan senyum saja memanjang.


4)Begging
Ni yang paling saya lemah ni. Apabila kita berada di tempat pendalaman ataupun ketika melawat Angkor, kita akan nampak the heavy poverty. Sangat kasihan. Packs of children akan datang dan approach kita. Kebanyakkan poor families send their cute children to do the dirty job, which is beg for money. Mungkin yang lembut hati macam saya akan bagi kut dalam 1 USD tapi sebenarnya itu salah sebab kita akan lebih menggalakkan lagi diorang ni meminta sedekah dan dalam masa yang sama meletakkan mereka ni dalam bahaya. Sila rujuk www.childsafe-cambodia.org. Dianggarkan di Cambodia, terdapat lebih kurang 24,000 kanak-kanak yang bekerja dan tinggal di jalanan. Sedih kan? Saya sempat melawat 2 buah sekolah semasa di Siem Riep. Rasa bersyukur kerana saya dilahirkan di Malaysia.


5)Proper Dress
Berpakaian sederhana adalah salah satu peraturan di Cambodia terutama untuk wanita. Kalau minah dan mat salleh biasanya akan pakai short, singlet atau skirt mungkin sebab cuaca panas semasa berada di sini. Lelaki di Cambodia biasanya akan memakai baju berkolar dan berseluar panjang. So kalau hendak sangat melawat watv(temple) kenalah berpakaian elok sebab kemungkinan besar kalau pakai seksi seksa tu takkan dibenarkan masuk. Dress properly okay.


6)Halal food
Makanan halal memang senang nak cari kalau pandai. Ada 2 tempat makanan halal yang saya singgah semasa saya berada di Siem Riep.
1)Muslim Family Restaurant kepunyaan Ustaz Haji Musa,N 074,Stung Thmey Village,Siem Riep.(berdekatan dengan masjid An-Nikmah) Hp:(855)12946220
2)Explorers House Guesthouse,#715-717,St 14,Mondul I, Khum Svay Dangkum, Srok/Province Siem Reap.Atau paling senang klik ke http://www.theexplorershouse.com.

7)Shopping
Siem Riep merupakan tempat yang paling best untuk membeli souvenirs, handicrafts, textiles dan juga art. Tapi yang kurang menarik sebab diorang ni semua guna USD. Sekali lagi saya katakan USD okay. Nasib baik ada Mr Bargain yang selalu temani hari saya. Thank you. You know who you are right? Hari-hari saya datang ke Night market. Cuci mata dan buat foot massage sekali. 2 USD untuk setengah jam reflexology. Best! Siap dapat free 1 tin Coke lagi tau.Pengumuman!!!!!Saya dah habis dalam 1700+MYR untuk shooping baju, keychains, fridge magnetics, shawls, coffee, makan, entrance ke Angkor, tips. Sigh! Eh jumlah yang itu kena bahagi dua dengan Mr Bargain!


p/s: Mungkin saya akan melawat Siem Riep lagi.Mungkin....:))